Monday 20 June 2011

Membongkar kebolehan dwi-bahasa


Berdasarkan penyelidikan yg telah dibuat, waktu yang paling sesuai untuk belajar bahasa asing adalah pada usia selepas lahir hingga 7 tahun.
Tentu korang rasa betul ke kajian diaorang nih..boleh percaya ke..tp bg saya..apa yg diaorang kaji nih mmg betul..anak-anak yg diberi pendedahan awal tentang bahasa asing akan lebih mempunyai keyakinan diri, lebih aktif, suka bertanya dan mcm2 lagilah...
percaya @ tidak..anak kawan saya yg berusia 3 tahun boleh menguasai 7 bahasa hanya melalui pendengaran sahaja...Masya Allah...kalau korang nak tgk real anak member saya nih..call je ...nanti saya bawak jumpa ngn anak genius nih..

“80% daripada perkembangan mental kanak-kanak terjadi sebelum usianya 8 tahun” B.S. Bloom. University Of Chicago.

Seawal manakah seorang kanak-kanak mula belajar?
0 – ½ tahun        Memberi respon kepada bunyi dan perkataan
½ - 1 tahun         Mula belajar bertutur
1 – 1 1/2 thn      tertarik mengamati gambaran berwarna
1 ½ - 2 tahun      Mula menyelak muka surat
2 – 3 tahun         Inginkan gambaran berwarna beserta perkataan
3 – 4 tahun         Bertanyakan soalan
4 – 6 tahun         Menguasai pembinaan ayat

Kepada ibu bapa yg mempunyai anak-anak di bawah usia 8 tahun,
Gunalah masa ini dgn. Bijak...walaupun korang nih parents yg teramat bz...plzzz luangkan sedikit masa utk bersama dgn. Anak-anak korang bg merangsang pertumbuhan otak mereka. Merangsang otak mereka bukanlah hanya sekadar mengajar ABC @ 123 @ memaksa mereka membaca atau pun mengira. 

Cara yg. terbaik ialah kita bersama-sama ngn anak-anak menjelajah & menjumpai keajaiban yg. Wujud di sekeliling mereka. Inilah suatu keseronokan belajar yg. Sangat menyeronokkan & efektif. 

Minda anak-anak adalah anugerah yang tidak ternilai harganya. Oleh itu, penyediaan alat bantuan pengajaran yg berkesan sangat penting ddalam proses pembelajaran anak-anak kita. Oleh yg demikian, jadilah ibu bapa yg bijak, prihatin, peka dan kreatif dalam mendidik anak-anak.

No comments:

Post a Comment